Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Sunday, April 23, 2017

cara tukar nama geran kereta motor owner meninggal dunia

Pada kali ini, post ini berkaitan dengan Tukar Milik Kenderaan Selain Pindahmilik Secara Sukarela atau bahasa pasar digunakan cara tukar nama geran kereta owner meninggal dunia. Tukar milik ini dibuat bertujuan menyerahkan kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia kepada wairs yang berhak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Untuk rujukan tambahan tukar milik bolehlah rujuk post saya sebelum ini yang membincangkan membincangkan cara tukar milik kenderaan rujuk disini

Semua proses tukar milik kenderaan selain pindahmilik secara sukarela ini lebih kurang sama dengan tukar milik kenderaan secara suka rela selain diperlukan beberapa dokumen sokongan untuk proses ini diteruskan.

1) Dokumen utama 
Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
    a. Perintah Mahkamah; atau
    b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
    c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
    d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil

Contoh Harta Pusaka Kecil




2) Dokumen Pemeriksaan Puspakom  (Sijil Pemeriksaan Puspakom B5)



3) Borang Tukar milik Kenderaan Selain Pindakmilik Secara Sukarela 




4) Kad Pendaftaran Kenderaan 



5) Kad Pengenalan pemunya baru.

Pemunya baharu perlu hadir bersama-sama dokumen seperti dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan,  Sijil Pemeriksaan Puspakom B5, Kad Pendaftaran Kenderaan, kad pengenalan dan mengisi borang tukar milik kenderaan selain pindahmilik secara sukarela. Borang ini boleh dimuat turun melalui portal JPJ atau datang terus ke kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan borang tersebut. 
Adalah lebih baik minta petugas khidmat pelanggan menyemak dokumen-dokumen tadi sebelum mengambil nombor giliran untuk proses tukar milik.

Fee untuk tukar milik adalah berbeza mengikut negeri Sabah, Sarawak dan  Semenanjung mengikut jenis kenderaan yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Rujuk di bawah sebagai panduan. 







Post a Comment