Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Monday, April 24, 2017

Tukar Milik Kenderaan Selain Secara Sukarela (Ditarik Bank)

Post kali ini berkaitan dengan tukar milik kenderaan ditarik bank. Maksudnya bank buat lelong kenderaan pastu ada individu yang menang tender. Jadi kena ikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak JPJ sebelum boleh pindah milik kepada owner baru.


Pihak bank akan menyediakan dokumen seperti

  • Surat Pemberitahuan siapa yang menang lelongan
  • Surat Penurunan Kuasa bank kepada individu menjadi wakil kepada bank.
  • Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bank terbabit bagi mengelakkan kesilapan memasukkan data.
  • Satu salinan  satu surat repossesion order iaitu surat kebenaran untuk menarik kenderaan tersebut yang dikeluarkan oleh bank.
  •  Salinan surat fourth Schedule dan Fifth Schedule berkaitan dengan
  • Selain itu satu surat Fourth Schedule dan Fifth Schedule berkaitan dengan penarikan kenderaan tersebut.
  • Salinan Laporan polis  yang dibuat ejen perolehan semula (ejen bank yang menarik kenderaan).
  • Salinan Keputusan Puspakom B5 (Tukar Milik)
  • Geran kenderaan lama atau VOC atau Cabutan Butir-Butir Kenderaan
  • Borang TM-3 dan checklist TM-2 boleh dimuat turun dari portal rasmi JPJ atau di kaunter khidmat pelanggan di JPJ secara percuma.

Checklist TM-2


Borang Tukar Milik JPJK3A ( selain daripada pindahmilik secara sukarela)





Kesemua dokumen di atas kita tidak perlu risau-risau nak sediakan sebab bank akan sediakan semuanya


Selesai proses tukar milik kepada bank

Selepas proses tukar milik dari pemilik asal kenderaan kepada bank barulah proses tukar milik kepada pembida lelong boleh dilakukan. Tukar milik dari bank kepada pemilik baharu lebih kurang sama seperti post yang telah saya kongsikan. Rujuk Tukar milik secara sukarela  Dokumen tambahan diperlukan adalah seperti yang disenaraikan di bawah :-


  • Surat Pemberitahuan siapa yang menang lelongan (surat yang sama semasa tukarmilik kepada bank)
  • Surat Penurunan Kuasa bank kepada individu menjadi wakil kepada bank. (surat yang sama semasa tukarmilik kepada bank)
  • Kad Pengenalan Wakil Bank dan Pemenang lelong (pemilik baru) 
  • Laporan Puspakom B5 (Laporan yang sama digunakan)
  • Isi Borang Senarai Semak TM-1 dan Borang tukar milik JPJk3 (Pind.1/2014)
Sekiranya tiada masalah, proses tukar milik ini telah berjaya dilakukan kepada pembida. 







Post a Comment