Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Monday, May 8, 2017

Cara Terbaharu Renew Roadtax

Masih ramai lagi yang tidak mengetahui terdapat perubahan untuk renew roadtax atau cukai jalan di JPJ atau di pejabat pos. Pada masa sekarang, seseorang perlu mengemukakan kad pengenalan atau passport untuk membaharui roadtax/ cukai jalan atau bahasa undang-undang Lesen Kenderaan Motor.

Untuk membaharui roadtax ini, individu yang datang tidak lagi perlu mengemukan Kad Pendaftaran Kenderaan(RC) atau VOC semasa proses pembaharuan roadtax. Kita hanya perlu kemukakan :-

  • Nombor kenderaan
  • Nombor kad pengenalan pemilik kenderaan.

Sekiranya anda membawa kad pendaftaran atau VOC akan memudahkan petugas kaunter untuk membaharui cukai jalan tersebut. Semasa membahrui cukai jalan tersebut, individu yang datang perlu kemukakan kad pengenalan bagi warganegara atau passport bagi warga asing. Kad pengenalan akan disahkan melalui proses pengesahan online.


Jika kad pendaftaran kenderaan masih yang lama, pemilik boleh meminta petugas kaunter untuk menukarkannya dengan yang baharu VOC. Wakil tidak dibenarkan.

Sekarang ni semua online, tidak perlu membawa VOC atau salinan polisi perlindungan insurans semasa renew roadtax di JPJ atau di pejabat pos.


Post a Comment