Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Wednesday, May 31, 2017

Mengapa Perlu Sertai Google Adsense

Dalam post kali ini saya akan bincangkan mengapa perlu sertai Google Adsense. Kebanyakan blogger meletakkan iklan-iklan dalam blog mereka. Tidak terkecuali yang menggunakan iklan dari Google Adsense. Sebelum saya sertai Google Adsense, saya pernah menyertai AdNetwork Malaysia yang lain untuk cari duit online sebagai percubaan.  Bila menyertai program dari Google Adsense dari pemerhatian saya, kita perlu sabar kerana pada permulaan blogging memang payah untuk mendapat kelulusan untuk menyertai Google Adsense. Bagi saya, adsense adalah program AdNetwork jangka panjang.  Sebab itu saya memanfaatkan kelebihan ini untuk jangka panjang. Mungkin juga untuk beberapa tahun akan datang. Di bawah ini saya akan senaraikan sebab mengapa perlu sertai Google Adsense.

1) Trafik Pembaca Dari Seluruh Dunia.

Google Adsense merupakan program AdNetwok seluruh dunia. Kebarangkalian artikel dalam blog akan dibaca adalah tinggi terutama blog yang menggunakan bahasa Inggeris. Menurut wikipedia jumlah keseluruhan manusia di dunia adalah 7.5 billion pada 16:21(UTC) pada April 24, 2017, Jumlah tersebut adalah jumlah yang tinggi. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, di Malaysia sahaja pengguna talian internet melebihi 20.1 juta dengan jumlah yang aktif adalah seramai 16.8 juta. Jika anda seorang yang mahukan traffik yang tinggi dari seluruh dunia, penggunaan carian maklumat menerusi Google Search merupakan satu pilihan yang baik kerana program ini lebih kepada pencarian keyword-keyword yang ditaip melalui pencarian melalui Google. Memang, saya juga bersetuju banyak lagi Ad Network yang boleh membayar komisyen daripada iklan-iklan yang boleh dipaparkan di blog. Cuma persoalan yang mungkin timbul adalah Ad Network tersebut mungkin tertumpu pada satu-satu demografi tertentu. Ini tertakluk kepada program Ad Network di mana kesesuaian Advertiser mengiklan dalam blog publisher dari Asia sama ada diterima atau pun tidak untuk menyertai program Ad Network mereka. Berbeza dengan program Google Adsense. Sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh memohon untuk menyertainya asalkan mempunyai akaun berdaftar dengan Google walaupun pada masa ini mendapatkan kelulusan daripada Adsense agak sukar.


2) Google Adsense Mudah Diselenggara

Perkataan terlintas di fikira saya adalah 'cuba'. Minat dalam blogging membuatkan saya terfikir kenapa tidak mencuba peluang yang ada di depan mata. Kenapa tidak mencuba sertai Google AdSense. Senarionya sejak mencuba-cuba blogging beberapa tahun sebelum ini untuk blog saya yang semak dengan artikel merapu; dengan niche kucar kacir; tanpa meletakkan iklan dalam blog pada masa itu saya biarkan saja blog tersebut bersarang tanpa update artikel terbaharu, terfikir kenapa tak cuba  letakkan iklan dalam blog tersebut? Bermula dengan AdNetwork dari Malaysia dan akhirnya pilihan terakhir saya adalah Google AdSense. Saya mula dengan dengan kosong. Saya cuba daftar Google Adsense. Pada masa itu pendaftaran adsense boleh dikatakan agak mudah berbanding pada masa kini. Tapi sekarang agak payah untuk mendapat kelulusan. Kena semak polisi terkini Google Adsense. Banyak blogger yang masih belum diterima setelah mendaftar. Sebab utama saya sertai Google Adsense ini kerana iklannya mudah dilakukan. Secara teknikalnya kita boleh meletakkan iklan Adsense ini dalam beberapa minit saja. Dan Adsense akan menjalankan iklan di blog kita sekiranya artikel-artikel bersesuaian dengan iklan mereka. Saya biarkan blog tersebut bersarang tanpa update artikel terbaharu. Selang beberapa tahun terdetik untuk buka semula akaun yang saya daftarkan. Ya tanpa artikel baharu, saya lihat Adsense membayar komisyen dalam USD dari iklan yang dipaparkan. Kebanyakan pembaca blog adalah melalui pencarian kata kunci daripada engine pencarian Google, yahoo dan Msn (Bing). Boleh dikatakan Adsense antara program pengiklanan jangka panjang yang mudah diselenggara masa kini; walaupun terdapat rangkaian iklan lain yang terdapat di Malaysia. Saya masih beranggapan yang Adsense sesuai untuk dijadikan pemula setiap blogger untuk buat duit online. Buat blog – buat artikel – submit artikel – biarkan blog – buat duit dari internet.


3) Jumlah Advertiser Semakin Bertambah -

Sejak penubuhan Google Adsense pada 18 Jun 2003 (Rujuk wikipedia) saya melihat program pengiklanan yang dicipta ini telah berjaya mendapatkan kepercayaan advertiser gergasi untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka melalui gabungan program Google Adwords; untuk diiklankan. Asas marketing mereka adalah melalui Google Adword. Google memberi peluang advertiser (dengan fee yang sesuai) untuk mempromosikan iklan mereka. Perkembangan teknologi yang semakin berkembang memberi peluang kepada mereka menyediakan iklan-iklan yang bersesuaian dengan sesebuah blog atau website. Dengan peningkatan jumlah advertiser yang kian bertambah akan memberi peluang kepada saya untuk mencari duit online setelah mendaftar Google Adsense.

4)  Tidak Memerlukan Topik Yang Tertentu

Perkara lain yang terlintas dalam fikiran saya adalah memilik topik yang sesuai untuk blog. Saya masih berpendapat, saya perlu memilih niche yang terperinci. Ini kerana pemilihan topik tertentu menyebabkan saya perlu menulis artikel yang banyak dalam niche yang tertentu. Apa yang menarik dengan Adsense? Program ini mempunyai keupayaan bot yang menyemak artikel blog dan meletakkan iklan-iklan yang sesuai walaupun blog tersebut mempunyai pelbagai topik yang akan telah dipublishkan. Saya melihat program Google Adsense ini boleh meletakkan iklan yang bersesuaian dengan topik yang dibincangkan dalam post yang dikongsi dalam blog.


6.  Mula  Buat Blog dan Biarkan

Terdapat beberapa kengkangan biasa saya lihat termasuklah saya masa membuat artikel atau kepakaran dalam bidang yang telah dipilih. Ini akan menyebabkan blog tidak akan update  masa yang panjang. Yang menariknya walaupun blog-blog yang ada mungkin tidak mempunyai artikel terbaharu untuk jangka masa yang lama, pihak Google Adsense masih tetap akan mempaparkan iklan selagi kod iklan Adsense masih aktif dalam blog ini. Dari iklan-iklan ini, saya masih boleh cari duit online melalui blog saya.

7. Tidak Perlu Minimum Pengunjung Blog

Apa yang menariknya adalah bila menyertai Google Adsense adalah seseorang boleh memohon menyertainya walaupun dengan jumlah pengunjung yang rendah atau kurang.  Apa yang perlu adalah buat permohonan sertai dahulu program Google Adsense. Kod-kod boleh diletakkan dalam blog setelah Adsense meluluskan permohonan menyertai program tersebut. Sentiasa ping blog apabila terdapat artikel terbaharu dalam blog untuk meningkatkan jumlah trafik blog kita.

8. Pelbagaikan jenis Ad Network

Saya pernah gabungkan dengan meletakkan satu jenis Ad Network dalam blog saya ini bersama-sama dengan Google Adsense. Setakat ini saya melihat, tidak ada sekatan untuk meletakkan AdNetwork lain yang bersama-sama dengan Adsense dalam halaman yang sama dalam blog saya. Cuma kita perlulah sentiasa membaca polisi-polisi mereka sebab dikhuatiri ada beberapa perkara yang mugkin terlepas pandang dan melanggar polisi tersebut.

9. Cara Pembayaran Adsense
Terdapat 3 jenis cara bayaran yang digunakan oleh Google Adsense. Adsense akan membayar kita dengan cara cek, weston union atau melalui kaedah transfer ke akaun kita. Pilihan adalah dari kita untuk menerima cara bayaran tersebut asalkan jumlah minimum dalam akaun telah mencecah 100 usd. Dan kaedah bayaran yang saya suka adalah kaedah transfer ke dalam akaun bank kita. Kaedah ini adalah yang termudah bagi saya.




Post a Comment