Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Saturday, May 6, 2017

Tips renew roadtax mati lebih satu tahun

Post kali ini aku nak bincangkan tentang tips renew roadtax mati lebih satu tahun atau dalam bahasa yang digunakan  Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh lebih satu tahun. Perkara ini sebenarnya serius kerana apabila kita guna kenderaan yang roadtax tamat tempoh lebih satu tahun pihak JPJ boleh dengan kuasa yang diberikan boleh menyita kenderaan tersebut. Malah kes-kes seperti ini tidak boleh dikompaun di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi perlu hadir di mahkamah bagi menyelesaikan kes LKM tamat tempoh. Tidak kiralah 1 hari atau bertahun-tahun kenderaan tersebut tidak diperbaharui roadtax kenderaan tersebut.

Persoalan adalah bagaimana nak ke Puspakom atau JPJ padahal cukai jalan tamat tempoh? Ada caranya....

Permit Perjalanan Sementara membenarkan seseorang untuk memandu kenderaan tersebut ke Puspakom atau ke JPJ dengan syarat perlindungan insuran berkuatkuasa tamat tempohnya dan pemandu kenderaan mempunyai lesen dalam kelas lesen yang membenarkannya memandu dan tempoh sah laku lesen masih berkuatkuasa. Contoh permit perjalanan sementara



Borang di atas boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan pelanggan atau boleh dimuat turun di portal JPJ. Klik disini untuk muat turun.

Borang ini perlu ditandatangani oleh pihak JPJ sebelum kereta boleh dipandu ke puspakom. Permit perjalanan sementara ini penting kerana surat ini adalah kebenaran untuk membawa kenderaan dari lokasi (rumah)  kenderaan ke puspakom dan balik semula ke lokasi (rumah). Sekiranya dalam perjalanan ke puspakom, kita hanya perlu menyerahkan permit perjalanan sementara ini kepada pihak polis atau pegawai JPJ sekiranya diminta. Sekiranya permit ini tidak dapat dikemukakan, saman akan dikeluarkan pada masa tersebut. Saman tersebut tidak boleh dikompaun dan hanya boleh diselesaikan di mahkamah. Malah pihak JPJ boleh menyita kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut.

Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan yang tamat tempoh lebih 1 tahun perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan semula bagi membolehkan kita baharui cukai jalan tersebut. Bagi kereta, lori atau bas perlu dibawa  ke puspakom untuk pemeriksaan. Manakala bagi motosikal cukup hanya membawa motoskal tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan berhubungi terus ke Kejuruteraan Automotif untuk pemeriksaan. Untuk motosikal terpulang kepada kita sama ada memilih untuk diperiksa oleh Puspakom atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Bawalah kad pendaftaran kenderaan atau yang terbaharu telah diganti dengan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Pihak Puspakom akan mengeluarkan satu keputusan yang dipanggil Puspakom B2 (untuk kenderaan atau motosikal). Manakala bagi motosikal yang diperiksa oleh JPJ, unit Kejuruteraan Automotif akan mengeluarakan surat pemeriksaan kenderaan yang dipanggil PG10 sebagai kelulusan kenderaan tersebut boleh dibaharui cukai jalan.

Setelah pemeriksaan kenderaan dilakukan, bolehlah kita terus ke Kaunter Perkhidmatan untuk membaharui roadtax. Ini sahaja tips renew roadtax mati lebih satu tahun pada kali ini. 


Post a Comment