Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Saturday, November 25, 2017

Pelaksanaan Sistem Mata Demerit 2017

Sistem Mata Demerit dilaksanakan bagi memastikan pemegang lesen memandu mematuhi lalulintas daripada melakukan kesalahan jalan raya semasa memandu. Ini bagi mengelak pemandu melakukan kesalahan berulang. Mata demerit ini mengikut kesalahan yang dilakukan atau kesalahan-kesalahan yang telah dikompuan. Dengan adanya Pelaksanaan Sistem Mata Demerit 2017 ini diharap dapat mendidik pemandu agar mematuhi undang-undang jalan raya.

Sistem Demerit telah diwujudkan di beberapa negara lain seperti  United Kingdom, Australia, Kanada, Jerman, Singapore dan beberapa buah negara lain bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu di jalan raya dan sememangnya telah membantu mengurangkan kes-kes kemalangan jalan dan kadar kematian di jalan raya.

Terdapat dua jenis lesen memandu yang akan dilaksanakan sistem Mata Demerit iaitu:-

Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Mata Terkumpul
Tindakan
Tempoh Gantung
20 Mata Pertama
Amaran
-
20 Mata Kedua
Gantung Kali Pertama
6 - 8 bulan
20 Mata Ketiga
Gantung Kali Kedua
8 - 10 bulan
20 Mata Keempat
Gantung Kali ketiga
10 - 12 bulan
CDL Dibatalkan - Tiga Kali Penggantungan Dalam Tempoh 5 Tahun

Lesen Memandu Percubaan (PDL)

Mata Terkumpul
Tindakan
Tempoh Gantung
20 Mata Pertama
Batal
-
Pemegang suatu lesen memandu yang telah mencapai jumlah mata terkumpul boleh dikenakan tindakan amaran. gantung dan batal akan diberikan notis tindakan yang akan diberikan kepada mereka. Suatu tindakan tersebut berkuatkuasa setelah pemegang lesen menyerahkan lesen memandu atau berkuatkuasa selepas satu tempoh 21 hari dari tarikh pemberitahuan tindakan telah dikeluarkan.

Pemegang lesen yang mana lesen memandu dibatal atau digantung hendaklah menyerahkan lesen mereka di mana-mana JPJ berhanpiran dan perlu mematuhi larangan memandu kenderaan. Apabila sabit kesalahan, seseorang yang gagal mematuhi larangan memandu kenderaan bboleh didenda tidak kurang daripada Tiga Ribu Ringgit dan Tidak Lebih Daripada Sepuluh Ribu Ringgiy atau Penjara Tidak Melebihi Tiga Tahun.

Mana-mana lesen memandu yang telah dibatalkan memerlukan seseorang itu mengikuti semula proses mendapatkan lesen memandu semula iaitu perlu mengambil lesen memandu sama seperti individu baharu mengambil lesen memandu.

Sekiranya pemegang lesen mengumpul kurang daripada 20 mata boleh memohon mengikuti kursus pemulihan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. Jika lulus kursus tersebut  50% daripada mata demerit terkumpul akan ditolak sebagai insentif. Insentif ini hanya boleh diterima sekali dalam tempoh lesen memandu tersebut.

Pengurangan sebanyak 50% ini diberikan dengan syarat lain iaitu mereka tidak pernah disabitkan atau dikompaun dengan mana-mana kesalahan terjadual dalam tempoh setahun daripada tarikh akhir mata demerit tersebut direkodkan.

Pelaksanaan Sistem Mata Demerit 2017 buat masa ini hanya kepada kesalahan-kesalahan yang ditelah dikuatkuasakan pada 15 April 2017 iaitu kesalahan-kesalahan :-


1) Kesalahan melibatkan kesalahan had laju 

(Akta Pengangkutan Jalan  1987 Seksyen 40(1) dan Seksyen 79(2)

2) Kesalahan pelanggaran isyarat lampu merah 
(Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 79(2)


Post a Comment