Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Saturday, January 6, 2018

Guna Kenderaan Tinted Malaysia Di Luar Negara

Penggunaan cermin gelap atau disebut sebagai tinted kereta oleh sesetengah orang sewajarnya mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia. Pada post kali ini saya ingin membincangkan perkara berkaitan dengan Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kacar Tertentu). Umum mengetahu Malaysia membenarkan kenderaan menggunakan cermin gelap asalkan mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Tetapi persoalannya bagaimana pula dengan guna kenderaan tinted Malaysia di luar negara.

 

Hakmilik JPJ Malaysia

 Merujuk kepada Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan Warta PU(A) 39/1991 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) (pindaan 2016)  menerangkan beberapa perubahan yang boleh digunakan sebagai penentuan penggunaan cermin gelap mematuhi spesifikasi yang telah diwartakan.

i) Pemancaran menerusi cermin depan sekurang-kurangnya 70% cahaya tampak
ii) Pemancaran menerusi cermin sisi depan sekurang-kurangnya 50% cahaya tampak
iii) Pemancaran menerusi cermin sisi belakang dan belakang kenderaan 30% cahaya tampak.

Persoalannya bagaimana pula sekiranya menggunakan kenderaan yang telah dipasang cermin gelap di negara selain Malaysia. Apa-apa undang-undang berkaitan dengan cermin gelap yang diwartakan sebagai boleh dan lulus di Malaysia hanya terpakai di jalan raya di Malaysia. Pemilik atau pemandu akan terikat dengan undang-undang negara lain sekiranya memandu kenderaan mereka di negara seperti Singapore, Thailand dan Brunei dan wajar mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa bagi negara tersebut. Pihak penguatkuasa negara lain boleh mengeluarkan saman sekiranya gagal mematuhi undang-undang cermin gelap di negara mereka. 
Post a Comment