Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu

Tips

Sunday, February 11, 2018

ID mySIKAP JPJ Permudahkan Urusan Secara Online


Hak Milik Jabatan Pengangkutan Jalan

Bagi memudahkan urusan pihak JPJ memperkenalkan sistem secara online yang boleh digunakan oleh orang awam. Di bawah ini syarat pendaftaran ID mysikap dan jenis-jenis transaksi yang boleh dilakukan secara online.


Pendaftaran MySikap / Memohon ID mySIKAP

1. Pergi ke kaunter JPJ yang terdekat untuk pengesahan identiti dan permohonan.
2. Pergi ke Portal JPJ. Log masuk untuk kali pertama dan masukkan nombor rujukan yang diberikan.
3. Ikuti semua langkah untuk mengaktifkan akaun anda.

Keperluan Pendaftaran

1. Bagi pemegang MyKad, MyPR dan pasport, anda mesti berumur sekurang-kurangnya 16 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) transaksi yang direkodkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi - mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan, saman atau notis yang sah dan lain-lain.
2. Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Organisasi yang sah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh tamat pendaftaran.
3. Pendaftaran Badan Kerajaan / Badan Berkanun yang Diiktiraf

Jika belum, datang dan daftar segera di Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, Ibu Pejabat JPJ Malaysia / Pejabat Khidmat Pelanggan JPJ Negeri / Kaunter Cawangan Negeri, Pejabat JPJ UTC dan Kaunter 1JPJ berhampiran anda.

SENARAI URUSAN MELALUI ID PORTAL ORANG AWAM mySIKAP

KENDERAAN
1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
2. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
3. Permohonan PEK Maklumat Kenderaan
4. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
5. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
6. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)
7. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
8. Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

*LESEN MEMANDU*
1. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
2. Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)
3. Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
4. Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
5. Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
6. Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh
7. Semakan Pertukaran Lesen Memandu
8. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal
9. Semakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu
10. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia
11. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
12. Semakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu

KESALAHAN & PENALTI
1. Bayaran Saman JPJ
2. Pertanyaan Senarai Hitam
3. Pertanyaan Saman / Notis
4. Pertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal
5. Pertanyaan Mata Demerit

KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
1. Permohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik
2. Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
3. Permohonan Cop Semula No.Casis
4. Permohonan Cop Semula No. Enjin
5. Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)
6. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan

Sumber daripada group telegram rasmi JPJ Malaysia / portal rasmi JPJ/ Facebook Rasmi JPJ
Post a Comment