Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

08 May 2017

Cara Terbaharu Renew Roadtax

Renew Roadtax  Di JPJ | Tips Membaharui Cukai Jalan Kenderaan


Cara renew road tax


Masih ramai lagi yang tidak mengetahui terdapat perubahan untuk renew road tax atau cukai jalan di JPJ atau di pejabat pos. Tips ini juga berguna untuk renew road tax tamat tempoh lebih satu tahun. Pada masa sekarang, seseorang perlu mengemukakan kad pengenalan atau passport untuk membaharui road tax/ cukai jalan atau bahasa undang-undang Lesen Kenderaan Motor.

Untuk membaharui road tax ini, individu yang datang tidak lagi perlu mengemukan Kad Pendaftaran Kenderaan(RC) atau VOC semasa proses pembaharuan road tax. Kita hanya perlu kemukakan :-

  • Nombor kenderaan
  • Nombor kad pengenalan pemilik kenderaan.

Sekiranya anda membawa kad pendaftaran atau VOC akan memudahkan petugas kaunter untuk membaharui road tax tersebut. Semasa membaharui road tax tersebut, individu yang datang perlu kemukakan kad pengenalan bagi warganegara atau passport bagi warga asing. Kad pengenalan akan disahkan melalui proses pengesahan online.


Jika kad pendaftaran kenderaan masih yang lama, pemilik boleh meminta petugas kaunter untuk menukarkannya dengan yang baharu VOC. Wakil tidak dibenarkan untuk mengambil VOC tersebut.

Sekarang ni semua online, tidak perlu membawa VOC atau salinan polisi perlindungan insurans. Salinan insurans online boleh disemak di sistem JPJ semasa renew road tax di JPJ atau di pejabat pos.


No comments:

Post a Comment