AKU DILAHIRKAN BUKAN JADI GURU | YAKUB UTON
Aku dilahirkan bukan jadi guru
tetapi dididik-ajar jadi gurupasti aku tidak sebaik guru
yang dilahirkan memang guru sejak azali.
Idea biasa sahaja
aku mengajar
aku cuba ajar pelajar
didik murid
didik guru jadi guru
berjayakah aku. ?
aku tidak tahu
berjaya atau tidak subjektif sifatnya.
Aku dengar di kaki lima
aku garang
aku cerewet
aku pemarah
itu semacam " tag line-ku"
semuanya aku terima meskipun kadang-kadang mengganggu emosiku tetapi aku reda, itulah nasibku itulah rezekiku
terima kasih kerana mengenaliku
selamat hari hari guru.
Yakub Uton
Guru Desa
Taman Fulliwa, Kota Kinabalu
16.5.2017