Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

30 April 2019

Koleksi Sajak - Keranda Di hadapanku

KERANDA DI HADAPANKU | YAKUB UTON


Minggu lalu kulihat keranda di hadapanku
kelmarin dulu kulihat keranda itu di kananku  kelmarin kulihat keranda itu dikiriku.

Hari ini suara riuh rendah di kiri dan kananku, ada cerita politik, ekonomi,  sastera, dan 1001 macam cerita, dan ada yang menangis,  ada yang diam, ada yang bertasbih, ada yang berdoa dan bermacam ragam lagi.


Saat ini kulihat di kiri, kanan, hadapan   belakang dan atas
keranda tak kelihatan lagi
rupanya aku yang diusung dalam keranda.

Selamat tinggal rakan-rakan, kita jumpa di jannat.


Yakub Uton
Kota Kinabalu

8 April, 2018


No comments:

Post a Comment