Jana Wang Dengan Shopee!!~

Links

08 May 2019

Koleksi Sajak - Aku Bukan Nujum

AKU BUKAN NUJUM | YAKUB UTON


Aku lihat kerlipan kunang-kunang
aku dengar suara burung pipit
aku dengar suara katak
aku dengar suara unggas
suara oh suara.

Macm-macam suara kudengar,
suara bunian pun kuterdengar.

Angin sepoi-sepoi pula mula bertiup
hujan renyai-renyai hujan belum pasti turun lebat
ribut juga belum pasti
banjir belum pasti
kunang-kunang rancak berkelipan
seronok melihat kunang-kunang berkelipan

Aku telah katakan tentang suara-suara itu
aku telah sampaikan
aku telah ingatkan
di desa kelahirannya
dia dengar haknya
dia tak mahu dengar itu haknya.

Kunang-kunang makin rancak berkelipan di pohon api-api
aku bukan nujum
cuma firasatku ada kalanya betul meskipun ia suatu kebetulan.

YAKUB UTON

17 April 2019