Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

16 May 2019

Koleksi Sajak - Kita Bukan Bangsa Bangsat

Sajak | Kita Bukan Bangsa Bangsat | Yakub Uton

Koleksi Sajak

Kata Cendekiwaan
apabila kita menegur
tidak perlu marah
tegurlah
apabila kita meminta
jangan memaksa
mintalah
apabila berjanji
tunaikanlah
jangan mungkir
apabila kita marah
jangan bakar rumah
marahlah
ingatlah!
dalam rumah ada saudara kita
apabila tidak setuju
jangan melilau
apabila tidak setuju
jangan melalut
kerana ita bukan
bangsa bangsat
kita bukan pengamin
apabila kita ditegur
kita perlu berlapang dada
kerana kita insan biasa
kita bukan Tuhan
Tuhan saja yang tidak salah

Guru Desa
Taman Fulliwa Jalan Tuaran
30 Ramadan 1437
5 Jun 2016


No comments:

Post a Comment