Jana Wang Dengan Shopee!!~

Links

01 May 2019

Free 20GB Hotspot dari Unifi Mobile

RM0 unifi: Great news! Your 20GB LTE hotspot has been refreshed! Enjoy your mobile internet experience!

Tiba-tiba dapat message seperti di atas. Terima kasih Unifi Mobile. Sebelum ni hanya dalam 10gb hoptspot untuk satu line. Saya guna 2 line dari unifi mobile dalam satu akaun. Dapatlah guna 40gb untuk hotspot ke laptop. Di lokasi saya line unifi mobile ini ok walaupun kadang-kadang ada masanya line slow tetapi dengan harga yang murah, unlimited call antara sebab saya masih bertahan sebagai pengguna line unifi yang dulunya menggunakan nama webe. Dan makin lama servicenya semakin bertambah baik.







Sebelum ini hotspot ini diberikan sebanyak 10gb sebulan dan akan refresh semula pada 1 harbulan setiap bulan. Tetapi hanya lokasi-lokasi 4g yang dapat menggunakan hotspot ini. Kalau dah tba-tiba line jadi 3g atau H+ maaf memang tidak boleh hotspot dah. Tetapi biasanya kalau saya nak guna juga kena guna app di playstore lock 4g. Banyak app yang boleh digunakan. Saya guna ni hotspot kalau saya nak guna laptop untuk buat kerja.

Kenapa saya pilih menggunakan Unifi Mobile?

Saya telah menggunakan unifi mobile sejak tahun 2017 lagi sehingga sekarang. Sebelum ini package ini adalah dari webe dan telah dijenamakan semula kepada unifi mobile postpaid pada 16 September 2017 tetapi tidak mempengaruhi apa-apa fee langganan dari segi harga package. Penukaran webe kepada unifi ini dibuat pada Hari Malaysia pada 16 September sebagai simbolik kepada usaha TM dalam memberi perkhidmatan telco yang terbaik kepada pelanggan di negara.

Saya memilih unifi mobile ini disebabnya di lokasi saya boleh dikatakan line unifi mobile sdapat bersaing dengan telco-telco terkemuka yang lain. Saya telah mencuba beberapa telco yang popular di negara namun pada saya unifi mobile masih telco terbaik. Lain orang lain pandangan. Pandangan saya ini berdasarkan penggunaan harian saya terhadap internet yang memerlukan unlimited data.

Selain itu dari segi harganya adalah berpatutan untuk dua line unifi yang saya gunakan. Tiap-tiap bulan hanya perlu bayar dalam RM156.90 termasuk cukai SST yang dikenakan untuk dua line, tanpa dikenakan apa-apa fee untuk penggunaan sekiranya membuat panggilan telefon atau menghantar sms. Cara pembayaran juga amat mudah sama ada menggunakan app dari playstore ataupun melalui laman web rasmi unifi mobile.

Bila pada waktu tertentu saya menggunakan hotspot ini unifi mobile ini, kebiasaanya saya akan lock band 850 Mhz 4g dengan menggunakan app Netmonitor yang boleh dimuat turun melalui playstore. Namun penggunaan lock 4g ini menyebabkan panggilan telefon biasa tidak dapat digunakan sama ada membuat panggilan atau pun menerima panggilan masuk. Kebiasaannya saya menggunakan aplikasi whatsapp untuk membuat panggilan telefon.





Unifi Mobile atau dulunya webe ini bolehlah dikatakan antara telco yang rare dan package ini tidak ditawarkan lagi tetapi telah diganti dengan Unifi Mobile 99 yang hampir sama package tetapi berbeza dari segi fee bulanan untuk satu line sebanyak RM99 tidak termasuk cukai SST. Buat masa ini saya akan terus menggunakan unifi mobile ini berdasarkan harga yang berpatutan, unlimited data dan free hotspot secara bulanan



No comments: