Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

13 May 2019

Koleksi Sajak - Aku Diajar Kurang Ajar

Sajak | AKU DIAJAR KURANG AJAR | Yakub Uton


Malam 3 Ramadan 1440
aku diajar kurang ajar
bidadari ajar aku menjadikan  kurang ajar.

Kurang ajarku sudah tidak terkawal
aku menjadi sasau apabila dia
berkata :" Istana itu miliknya
semua orang mesti ikut peraturan dia."

Katanya tidak boleh dibantah
syurga miliknya
marhaen mesti ikut peraturannya jika mahu masuk syurga.

Katanya: "Bijaksana milik aku, cantik milik aku, banglo, kereta mewah aku ada,
itu semua milik aku."


Yakub Uton
Kota Kinabalu

7 Mei, 2019


No comments:

Post a Comment