Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

27 May 2019

Koleksi Sajak - Lembu Dan Manuk Sigon

Sajak | LEMBU DAN MANUK SIGON 

Hari-hari  dengar cerita lembu
jika tiada cerita  lembu
dengar pula cerita kambing
lepas itu cerita kerbau
menyusul cerita sapi
sapi lain, lembu lain
rupa saja yang sama
lepas itu cerita khinzir
lepas itu muncul pula cerita manuk sigon
manuk sigon berkokok
berkumbangan di seluruh negara
memberitahu bahawa dia sudah ada taji
kononnya dia amat kuat dan gagah perkasa
manuk-manuk sigon sedang berkeliaran
di merata-rata berkokok
memperlihatkan taji
yang dipasangkan dengan pisau
untuk bersabung
hai manuk-manuk sigon
kau belum tentu dilagakan untuk bersabung
nasibmu mungkin akan disembelih
untuk hidangan karyawan ternama
hidangan bangsawan ternama
hidangan gelandangan
hidangan pengemis jalanan
masa yang akan menentukan
nasibmu  si manuk sigon.