Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

30 May 2019

Sumber Manusia - Strategi Pengambilan Pekerja


SUMBER MANUSIA | PENGENALAN STRATEGI PENGAMBILAN PEKERJA

         Pengambilan pekerja adalah suatu strategi langsung dalam membuat keputusan sama ada organisasi akan mendapatkan tenaga kerja disamping mencapai matlamat memenuhi kerjaya dalam organisasi tersebutStrategi pengambilan pekerja ini memberi kesan langsung dalam proses membuat keputusan dalam teknik pengumpulan data-data calon tenaga kerja dan sumber manusia. Data-data ini akan menjadi satu kaedah yang dijadikan panduan dan strategi organisasi memilih secara spesifik cara bagaimana pengurusan sumber manusia menilai seseorang untuk diambil bekerja. Ini akan mempengaruhi sesebuah organisasi dalm membuat pemilihan dan pengambilan pekerja kelak disamping mencapai matlamat pengurusan sumber manusia untuk proses perlantikan pekerja.

Keputusan penting dalam membuat keputusan bagi mewujudkan strategi pengambilan pekerja iaitu :-

1.  Membangunkan kebolehan pekerja
2. Pengambilan pekerja secara masa depan
3. Kepakaran dan Khusus
4. Kualiti Tenaga pekerja yang luar biasa
5. Pengambilan Dalaman dan Luaran
5. Mencapai Perkembangan Sumber Manusia Sama ada Aktif atau Pasif
6. Tenaga Pekerja Asas Atau Sementara

Membangunkan Kebolehan Pekerja

          Organisasi hendaklah menentukan sama ada pekerja baru yang diambil mempunyai pengalaman dan berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan. Disamping itu, kaedah KSAO (knowledge, skills, Ability dan Other Characteristics) yang digunakan akan membangunkan kebolehan pekerja yang diambil kelak. Penentuan kaedah KSAO ini tentunya akan lebih menjimatkan kos-kos seperti kos latihan pekerja dan pembangunan kerjaya pekerja tersebut. Oleh yang demikian penting bagi organisasi untuk mencari pekerja yang sanggung dan boleh mengikuti latihan dalam asas KSAO yang mana berkaitan dengan tanggungjawab masing-masing terhadap organisasi tersebut.
Pengambilan pekerja secara masa depan.

          Pengambilan pekerja boleh dibuat setelah pembangunan organisasi dan strategi sumber manusia telah diwujudkan. Dalam sistem pengambilan pekerja, proses ini akan dijalankan setelah organisasi merancang pembangunan organisasi dan strtegi sumber manusia yang telah dikembangkan. Pada permulaannya, proses perancangan strategi organisasi dan objektif diwujudkan, seterusnya pembangunan sistem pengambilan pekerja boleh dilaksanakan bagi menentukan bilangan dan jenis pekerja yang akan diambil oleh pengurusan sumber manusia. Oleh itu, sistem pengambilan pekerja ini akan dianggap sebagai input kepada strategi sumber manusia dalam membuat keputusan tenaga kerja kelak.

          Organisasi dengan khidmat pengurusan sumber manusia boleh mendapat atau memperolehi pekerja yang berpengalaman tanpa perlu menekankan Kesanggupan organisasi dalam menentukan jumlah pekerja yang diambil dan bila akan diperlukan kelak, Secara umumnya, kita dapati pekerja berpengalaman ini boleh membantu organisasi mencapai kejayaan yang diimpikan.

Kepakaran Pekerja

          Secara amnya, terdapat dua jenis kepakaran pekerja iaitu kepakaran secara khusus dan kepakaran secara am. Ini dapat dinilai melalui kaedah KSAO (knowledge, skills, Ability dan Other Characteristics). Organisasi boleh membuat keputusan pengambilan pekerja melalui pilhan sama ada pekerja yang mahir dalam bidang khusus atau memilih pekerja yang boleh bekerja dalam pelbagai bidang. Pekerja khusus ini merujuk kepada tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu perjawatan contohnya jurutera dalam bidang teknikal atau doktor dalam bidang perubatan. Manakala bagi pekerja mempunyai kepakaran am pula kaedah KSAO amat dititikberatkan dengan kebolehan pekerja dalam menyesuaikan diri dalam bidang diceburi, kemahuan dan kebolehan untuk belajar dan kemahiran matematik. Kepakaran am ini amat sesuai bagi organisasi yang mempunyai pelbagai skop kerja dan sesebuah organisasi yang baru diwujudkan.

Pengambilan Dalaman dan Luaran

          Pengambilan pekerja secara asasnya terbahagi kepada dua iaitu pengambilan dalaman organisasi dan pengambilan pekerja luar dari organisasi. Pengambilan pekerja secara dalaman ini adalah bertujuan mengisi jawatan dalam organisasi dengan meningkatkan komitmen pekerja untuk bekerja. Perkara ini merupakan matlamat dan keinginan untuk memajukan diri seseorang pekerja dalam meningkatkan kerjaya masing-masing pada masa akan datang. Pengambilan pekerja dari luar organisasi pula adalah sesuai untuk semua peringkat pekerjaan. Kemungkinan pengambilan pekerja luar ini adalah disebabkan pada masa tersebut tidak terdapat calon sesuai untuk mengisi jawatan kosong dalam organisasi.

Perkembangan Sumber Manusia Secara Aktif atau Pasif

          Sejak dari dahulu perkembangan sumber manusia berdasarkan tenaga kerja yang dirangkumi demografi, nilai dan kemahiran pekerja yang akan diambil. Organisasi boleh menggunakan dan menentukan perbezaan profil pekerja sama ada menjadi faktor kritikal dalam proses pengambilan atau melalui kaedah penjanaan peluang perkembangan pekerja secara semulajadi. Perbezaan latarbelakang pekerja akan membantu organisasi dalam membuat keputusan pengambilan pekerja. Manakala proses perkembangan kerjaya secara semula jadi tentunya memerlukan masa yang panjang untuk menentukan pekerja yang berkebolehan tetapi seterusnya membantu organisasi untuk mencapai polisi dalam strategi menggaji seseorang pekerja dalam kerjaya mereka.

Tenaga Pekerja Asas

          Tenaga pekerja asas adalah golongan pekerja tetap. Pekerja tetap ini merangkumi pekerja sepenuh masa dan pekerja separuh masa. Pekerja jenis ini berdasarkan kekuatan tenaga pekerja dalam membantu organisasi dalam menjayakan matlamat semua pekerja adalah bertanggungjawab dan berintegriti terhadap pekerjaan yang telah ditawarkan kepada mereka.

Kebaikan tenaga pekerja asas:-

  1. Pekerja Asas ini lebih bertanggungjawab terhadap matlamat organisasi tempat mereka bekerja
  2. Pekerja asas adalah mudah didekati dan sikap mereka mudah dijangka oleh organisasi.
  3. Pekerja asas ini boleh dikawal sepenuhnya melalui proses kerja masing-masing dan jangkaan prestasi tahunan mereka apabila mereka diambil bekerja.
  4. Organisasi mempunyai kebebasan dalam menentukan kaedah pengambilan pekerja.


Keburukan tenaga pekerja asas :-
  1. Organisasi adalah terikat dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui menyebabkan proses pengambilan pekerja kurang fleksibel jika berlaku keadaan perubahan dalam organisasi.
  2. Apabila pekerja berhenti kerja di organisasi akan mempengaruhi dan mempengaruhi emosi pekerja sedia ada apabila organisasi akan membayar ganjaran pemberhentian yang lumayan.


Tenaga Pekerja Sementara (Fleksibel)

          Tenaga pekerja asas adalah golongan pekerja tetap. Pekerja tetap ini merangkumi pekerja sepenuh masa dan pekerja separuh masa. Pekerja jenis ini berdasarkan kekuatan tenaga pekerja dalam membantu organisasi dalam menjayakan matlamat semua pekerja adalah bertanggungjawab dan berintegriti terhadap pekerjaan yang telah ditawarkan kepada mereka.
                                                   
Kebaikan Tenaga Pekerja Sementara:-

  1. Pekerja sementara adalah lebih murah untuk diselenggara dari segi kos latihan dan kos pekerja, serta penggajian dan faedah
  2. Organisasi lebih fleksibel dalam menangani perubahan teknologi dan permintaan pelanggan

Keburukan Tenaga Pekerja Sementara:-
  1. Organisasi pada dasarnya tidak berpeluang untuk mengawal sepenuhnya pekerja yang diambil bekerja.
  2. Pekerja sementara ini kurang keupayaan dalam menggunakan peralatan organisasi kerana mereka diambil secara terus oleh sesebuah organisasi dan digunakan pada masa yang diperlukan sahaja.
Baca juga artikel berkaitan :- 




No comments:

Post a Comment