Jana Wang Dengan Shopee!!~

Zul Yakub Blog

22 May 2019

Tips SEO Post Title atau Page Title Sebelum Blog Title Dalam SERP


Tips-Tips SEO yang terbaik untuk blogger | Tajuk Blog

Sebagai pengguna Google Blogger saya masih mencari kaedah-kaedah dan tips-tips SEO yang terbaik untuk blog saya. Secara umumnya blogger selalunya menunjukkan tajuk blog  sebelum memaparkan tajuk post bagi artikel yang dibuat. Ini tentunya akan memberi gambaran kurang jelas kerana jika tajuk blog kita panjang maka tajuk post tidak akan muncul dengan jelas dalam hasil carian kerana jumlah tajuk post yang boleh dibuat adalah terhad.

Ini menyebabkan keyword dalam tajuk post tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan pencarian maklumat dalam hasil carian akan berkurangan. Malah trafik blog akan terhad untuk blog yang dihasilkan. Jika tajuk post blog dibuat sebelum tajuk blog maka keyword digunakan dalam tajuk post berfungsi dengan berkesan. Ini memudahkan carian pembaca kerana tajuk post ini akan membantu keyword yang dikesan oleh bot carian dengan pantas malah menambahkan lagi rank carian blog sekiranya artikel tersebut adalah berkualiti.



Tips untuk membuat tajuk post atau tajuk blog


1. Masuk ke Blogger Dashborad
2. Pilih Layout tab
3. Click butang Edit HTML
4. Cari code di bawah

<title><data:blog.pageTitle/></title>


5.  Sekarang tukar code di atas dengan code di bawah :-

<title>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'>
<data:blog.pageTitle/>
<b:else/>
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;error_page&quot;'>
<data:blog.pageName/> | <data:blog.title/>
<b:else/>
404 | <data:blog.title/>
</b:if>
</b:if>
</title>


6. Kemudian Save perubahan yang telah dibuat.

Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah : –


1. Memperbaiki Blog SEO anda
2. Meningkatkan trafik ke blog dengan berkesan
3. Membantu memperbaiki Google page rank

Kaedah ini dikatakan memerlukan masa untuk dipaparkan dalam carian maklumat tetapi kita boleh melihat perubahan dalam browser kita seperti berikut:-

sebelum perubahan dibuat 


Setelah perubahan cord yang digunakan



Tujuan saya menggunakan tips ini untuk memperbaiki SEO Page Title blog ini


4 comments:

  1. hebat la bro...

    saya kat Wordpress..

    kadang kadang sahaja main SEO

    lain-lain artikel saya belasah sahaja..

    hobi jer

    ReplyDelete
  2. baru nak belajar ni bro.. mohon tunjuk ajar tq..

    ReplyDelete
  3. saya diarahkan belajar dengan bro dalam SEO ini ..

    ada suara kasar yang kata begitu dekat saya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak bro. saya yang patut belajar dari bro ni. lari bidang dah ni

      Delete